Diari Hati

Cinta Sejati, Cinta Abadi Berkekalan dari Diari Hati

Archive for the ‘CINTA’ Category

7 May 2012
ftimah syarha dan farhan hadi

Pakar Diari Hati (PDH) kongsikan video daripada seorang novelis islamik, banyak buku dan karya beliau yang membuka hati nurani remaja kita tentang pembangunan cinta yang sebenarnya.Beliau yang dimaksudkan ialah Fatimah Syarha.

Karya pertama beliau ialah ‘PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA’ bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor ‘ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH’. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

Continue
3 May 2012
tak perlu bersentuhan tangan

Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:

“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Continue
25 Apr 2012
soalan-interview

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

Continue
10 Apr 2012
mahu kahwin

Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah umi?

Continue
27 Mar 2012
Wanita idamanku

Wahai wanita solehah,jangan risau tentang jodohmu kerana muslimin yang baik tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,pada bicara manja yang menggoda, pada pucuk rayu yang meruntuhkan imannya.

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.Andai belum tiba jodohmu,anggaplah adam yang kau nantikan itu sedang membina kepimpinannya bagi memimpin dirimu kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya.

Continue
26 Mar 2012
mencintai dengan sederhana

” Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…
Cintaku sederhana dalam keterbatasan…
Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…
Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…
Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…
Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…
Cintaku sederhana, namun terukir di hati yang tulus…

Continue
24 Mar 2012
will[4]

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Continue
21 Mar 2012
sedih

Assalamualaikum..
Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah

Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Continue

Sponsors

  • Kek Coklat
  • Panduan Malam Pertama
  • Panduan Merancang Perkahwinan
  • Pen Al-Quran Digital