Diari Hati

Cinta Sejati, Cinta Abadi Berkekalan dari Diari Hati

Posted by PDH | October - 25 - 2011 | 34 Comments
Jom Share!Number of View :257505

KONGSIKAN!

 

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!


“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

 

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

 

 

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.


“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

 

 

P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Jom Share!

34 Responses so far.

  1. Insyirah says:

    Minta izi salin yer..
    Untuk dipost di blog saya..

  2. Aidil says:

    Dipersilakan, selagi ia baik dan membawa manfaat di blog ini sebarkanlah.Minta diletak url diarihati.com :)

    Semoga orang lain dapat info lain di blog ini dengan url yang ditinggalkan.

  3. fifi says:

    minta copy ek. nak post kat blog saya. terima kasih.

  4. hamba Allah says:

    mohon share di blog yea…terima kasih

  5. nur shah says:

    minx izin copy utk blog ehh.. :)
    mnrik ble bce entry nie.. ;)

    • PDH says:

      Boleh, letak backlink url blog PDH yea.Semoga ia jadi rujukan kepada pembaca dan dapat mengetahui artikel-artikel yang lain di sini :)

  6. kay says:

    minta izin copy ye.t.K

  7. dATin MaNjA says:

    mohon share juak….. ^^

  8. aien says:

    bayak pegajaran,,n bayak yang harus belajar…

  9. syafiqah says:

    saya sangat sukakannya,sangat bermanfaaat..InsyaAllah

  10. ana says:

    slm..blh ana tau siapa penulisnya?

  11. aida says:

    minta izin salin ye…post ni menarik sangat..dont worry kredit goes to you..

  12. WIDYA says:

    menarik.. mohon share.. tq
    ^____^

  13. bebeey says:

    ..byak pgajarn yg boleh di ambill,,and sgt berguna utk dijadikn panduan utk mase hadapan…mntak share ye.. ;)

  14. bebeey says:

    ..banyak pgajran yg boleh diambil and sgt berguna utk dijadikn panduan utk mase hadapan..mntak shre yer.. ;)

  15. fafa says:

    minta izin copy untuk dikongsikan ..

  16. mohon izin share ye…

  17. fairuza says:

    skunk saya fhm..bia la saya mencintai dia secara diam ..

  18. anonymous says:

    mintak izin share di blog..:)

  19. Anis says:

    Salam
    Saya telah mencuba nasihat dlm entri ini, iaitu walaupun saya amat mencintai seseorang itu, saya hanya simpan dalam ruang hati yang paling dalam..sekali pun tidak pernah saya luahkan kerana menjaga maruah diri dan menjaga ketulusan cinta itu sendiri. Namun amat pedih rasa hati bila mengetahui dia baru-baru ini sedang menyulam cinta dengan orang lain..

    Amat payah untuk melihat orang yang dicintai mencintai orang lain sedangkan setiap hari berjumpa kerana bekerja di tempat yang sama..

    Pedih dan siksa sekali dugaan ini..

  20. Lisa says:

    Assalam Anis,
    Kita senasib. Paling melukakan dia cuma duduk didepan saya. Apa2 pun, bertabahlah. Cinta itu, kadang2 datang dengan rasa bahagia atau kecewa. Berpalinglah kepada Allah SWT. Kerana cinta itu milikNya. Sejak kekecewaan ini, saya belajar mengenal Allah lebih dekat….dalam pahit..ada manis rupanya…terima kasih Allah.

    Semoga Anis dan saya, serta kawan2 di luar sana dikurniakan oleh Allah jodoh yang boleh menjadikan kita insan terbaik….:-) Jangan bersedih….

  21. mimie says:

    mintak izin copy utk di post dalam blog saya..

  22. zara says:

    salam, minta izin copy ke dalam blog saya ye .. :)

  23. sunnyshyne says:

    nak mintak copy eak? nak share kat blog sya :)

  24. fizah says:

    subhanallah… izin re-post ya admin ^^

  25. noormey says:

    nk share bole….


Sponsors

  • Kek Coklat
  • Panduan Malam Pertama
  • Panduan Merancang Perkahwinan
  • Pen Al-Quran Digital