Diari Hati

Cinta Sejati, Cinta Abadi Berkekalan dari Diari Hati

Posted by PDH | September - 21 - 2011 | 3 Comments
Jom Share!Number of View :61072

KONGSIKAN!

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan.. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya.. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan..

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan Redhalah.

P/S PDH :

SEMASA BERCINTA :
1. Saat cinta itu bertaut memang mengasyikkan.. tapi jangan leka dan terbuai dengan perasaan itu..kerna bila kecewa parah jadinya..simpan sedikit untuk meniti hari-hari yang hambar..agar lukanya tidak terlampau dalam.

2. Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.

SEBELUM BERPISAH :
1. Jika mengail ikan, janganlah dilepaskan ikan tersebut kerana sepanjang hidupnya akan merana kerana bisa kail anda.

2. Mencintai orang yang tidak cintai kita itu sia-sia, mensia-siakan orang yang mencintai kita adalah bahaya

SELEPAS BERPISAH :
1. Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.

2. …Dengan memaafkan dan melupakan kisah silam itu, aku dapat mengecapi kebahagiaan yg selama ini aku lari darinya…

 

* Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..

Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi, selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada diri, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Jom Share!

3 Responses so far.

  1. [...] salah. Bahagia adalah keseimbangan. Tidak ada keseimbangan yang mampu dicapai tanpa penyesuaian. Kebahagiaan masa depanmu yang panjang itu, sangat bergantung kepada kemampuanmu untuk menemukan kebahagiaan di [...]

  2. [...] Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. [...]

  3. Angelo Piccoli says:

    Kepada seseorg yang telah menyerahkan hatimu pada seseorng yang telah menyambut cintamu dengan sepenuh hatimu, sayangilah dan cintailah dia sebagaimana dirinya menyayangimu dan mencintaimu…meskipun dulu kau telah melukakan hati seseorang yang begitu menyayangimu, janganlah engkau melakukannya lagi terhadap hati yang telah menyambut cintamu dengan setulus hatinya…semoga kau bahagia…kerana seseorang kau lukai itu telah bersama dengan insan yang lebih menghargai dirinya sekaligus mencintai dan menyayangi dia…


Sponsors

  • Kek Coklat
  • Panduan Malam Pertama
  • Panduan Merancang Perkahwinan
  • Pen Al-Quran Digital